Search This Blog

Total Pageviews

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 4)


Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 4)


“Time shall unfold what plighted cunning hides, Who covert faults at last with shame derides”
William Shakespear



Kamal Hisham adalah anak angkat kesayangan Almarhum Tuanku Iskandar satu ketika dahulu. Kalau beliau masih hidup, gerenti Ku Yem kena pelempang sulung.




Kamal Hisham Jaafar

Bakal pencatat sejarah

Peguam dakwa keluarga diraja Johor ugut bunuhnya


Klik

Datuk Abu Kassim Mohammad dan Tan Sri Ismail Omar, tolong siasat mamat yang suka makan hasil lendir ni plak apa dia dah buat minggu pertama November 2011. he...he..


KONFLIK PERIBADI JANGAN SALAH GUNA KUASA


KENYATAAN BALAS PEGUAM KAMAL HISHAM BIN JAAFAR

KEPADA SIDANG AKHBAR YANG DIBUAT OLEH PEGUAM YANG MEWAKILI

SALAH SEORANG PENGARAH SOUTHERN ADS SDN BHD

YANG JUGA SEORANG KERABAT DIRAJA



28 Feb 2012 Jam 07:00ptg











Bahawa saya Kamal Hisham bin Jaafar menafikan segala tuduhan liar yang dibuat oleh seorang Kerabat Di-Raja melalui peguamnya pada jam 3:30ptg 28 Februari, 2012.







Seperti yang telah dinyatakan dalam sidang akhbar oleh pihak saya pada 31 Januari, 2012 bahawa saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan telah menulis surat secara rasmi kepada pihak polis agar kenyataan saya kepada pihak polis diambil diluar Malaysia memandangkan terdapat “ISU-ISU SENSITIF” yang terdapat disebalik kes ini.



Saya telah mendapat beberapa “UGUTAN BUNUH” yang dipercayai dibuat oleh seorang kerabat di-Raja yang mana perkara ini telah saya maklumkan kepada pihak polis. Dalam surat saya kepada pihak polis saya menerangkan bahawa lapuran polis tentang ugutan-ugutan bunuh yang saya terima masih belum saya buat memandangkan terdapat “ISU-ISU SENSITIF” yang akan timbul susulan kepada lapuran saya nanti.



Untuk pengetahuan umum, SYARIKAT SOUTHERN ADS SDN BHD adalah syarikat saya yang telah saya tubuhkan sendiri pada 2003. Kerabat di-Raja tersebut menggunakan pengaruhnya agar memasukkan dirinya kedalam syarikat ini pada tahun 2005. Segala modal telah dikeluarkan oleh saya seorang diri dan Kerabat Di-Raja tersebut tidak membuat sebarang bayaran modal.



Konflik diantara saya dan Kerabat Di-Raja tersebut merupakan konflik peribadi berpunca dari tugas saya mahu menjalankan amanah berkaitan dengan pembahagian harta pusaka yang saya percaya wujudnya unsur-unsur yang bertentangan dengan Hukum Agama dan Undang-Undang Negara.



Selain dari itu, kerabat Di-Raja tersebut menggunakan wang Syarikat untuk membayar gaji 2 orang anaknya (putera dan puterinya) yang tidak pernah hadir bekerja. Kerabat Di-Raja itu juga mengambil wang syarikat untuk membayar RM20,000/- kepada isteri mudanya setiap bulan yang tiada kaitan dengan syarikat ini. Terdapat beberapa kenderaan peribadi dibeli oleh Kerabat Di-Raja ini menggunakan wang syarikat tetapi didaftarkan atas nama peribadi dan digunakan untuk tujuan peribadinya.



Tuduhan terbaru yang dibuat terhadap saya dalam sidang media yang dibuat oleh peguam yang mewakili Kerabat Di-Raja hanya bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti saya yang sebenarnya bertujuan untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenar.



Saya merasa sangat hairan, didalam sidang akhbar tersebut, peguam-peguam yang mewakili Kerabat Di-Raja mendedahkan bahawa mereka mempunyai maklumat-maklumat yang terperinci berkaitan urusan siasatan yang sepatutnya hanya diketahui oleh pihak Polis Johor. Bagaimana peguam-peguam ini boleh mengetahui terlalu banyak maklumat?



Bukankah peguam-peguam itu sendiri mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar bahawa “Repot Polis tidak akan dimaklumkan kepada orang yang dilapurkan” . Saya ingin bertanya semula kepada peguam-peguam ini “Dari mana pula mereka mendapat maklumat rahsia dan sensitif itu?”.



Saya percaya maklumat-maklumat siasatan Polis Johor terhadap kes yang dibuat terhadap saya telah disalah gunakan oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan hak saya untuk mendapat keadilan yang tulus.



Saya hairan apabila saya mahu bekerjasama dengan pihak polis dengan bertanya apakah lapuran dan tuduhan yang dibuat kepada saya, pihak polis menyatakan bahawa lapuran yang dibuat keatas saya dikategorikan sebagai “Rahsia”.



Saya mempunyai banyak dokumen yang boleh membuktikan kebenaran saya yang boleh membuktikan bahawa penjenayah sebenar adalah orang lain tapi membuat tuduhan terhadap saya kerana mahu menutup kesalahannya.



Saya sekali lagi mengulangi bahawa campur tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara adalah perlu untuk memastikan bahawa pihak Polis Johor menjalankan siasatan dan urusan secara professional dan tulus.



Sekian, Kenyataan Akhbar saya.



Kalau kita tengok wayang, cerita ini (Sultan Johor atau kerabatnya) dari Part 1- Part 4 hanyalah ibarat baru menonton 5 minit jer...



Bersambung - Part 5 - Tak lama lagi, rakyat Johor dan satu planet akan tahu kongkalikong yang pernah dilakukan oleh Yang Maha Halia, Lord Voldemort selama ini.

No comments:

Post a Comment